Admin mengucapkan selamat datang adik adik dari Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan Pahang. Semoga dengan lawatan muhibah ini dapat memberi semangat untuk terus maju jaya dalam pembelajaran.
Thursday, October 30, 2014
SUMBANGAN BUKU DARI SOKA GAKKAI MALAYSIA KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Pada 29 Oktober 2014 Universiti Malaysia Pahang telah menerima kunjungan wakil dari Soka Gakkai Malaysia yang ketuai oleh En. Lim. Tee Yen selaku pengerusi Soka Gakkai Malaysia Cawangan Pahang. Bersama dengan beliau juga turut hadir ialah Dato’ Dr Leslie Foo See- Jork bersama isteri , Alex Tan Chee Lzip dan beberapa orang ahli dari pertubuhan tersebut.
Mereka telah di sambut oleh En Dzull Zabarrod
Bin Ahmad dan Puan Mimi Rabithah Binti Abdul Wahit dan beberapa orang staf pada
pukul 11:15 pagi diperkarangan lobi perpustakaan. Acara Sumbangan Buku Soka Gakkai Malaysia telah diadakan di ruang bacaan dan rujukan
Perpustakaan UMP Kampus Gambang .
Sebelum acara tersebut bermula , En Lim. Tee
Yen telah memberi penerangan berkenaan tujuan acara tersebut diadakan antaranya
ialah sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dan kesejateraan
masyarakat dalam dunia hari ini.
Menurut beliau situasi dunia hari ini sentiasa berkeinginan untuk menuju kepada
kekacaun dan peperangan . Sekiranya
tidak dilaksanakan usaha memupuk keamanan dalam diri masyarakat, peperangan dan
penderitaan akan terus berlaku dan akan memberi kesusahan kepada rakyat.
Beliau juga menerangkan beberapa aktiviti yang
dilaksanakan oleh persatuan ini bagi menerapkan rasa saling hormat menghormati
antara satu sama lain seperti mengadakan acara larian keamanan, ceramah
serta dialog dan beramal kebajikan dengan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Acara penerimaan sumbangan buku telah disempurnakan acara simbolik dengan melakukan penyerahan bahan-bahan dari persatuan
tersebut oleh En Lim Tee Yen sebagai wakil Soka Gakkai Malaysia dan diterima oleh En Dzull Zabarrod Bin Ahmad
sebagai mewakili pihak UMP. Sebanyak 35 buah buku beserta senarai tajuk-tajuk buku telah
diserahkan kepada pihak UMP dalam acara tersebut. Sebelum acara berakhir para tetamu telah dijemput untuk menjamu
selera makan tenggah hari selepas saja
acara penyerahan selesai. Acara tersebut berakhir pada pukul 12.30 petang .
Thursday, October 23, 2014
READING CIRCLE PROGRAM (RCP) SERIES 2
PERASMIAN PEMBUKAAN ‘READING CIRCLE PROGRAM (RCP) SERIES 2’ DI ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Acara ‘Reading Circle Program (RCP) Series 2’ ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden Dan Kemanusiaan dengan kerjasama Perpustakaan UMP. Perasmian pembukaan telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan selaku penganjur bersama. Acara ini diadakan di Astaka pada 15 Oktober 2014 yang lalu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.45 pagi dengan dihadiri oleh hampir 300 orang pelajar dan pensyarah daripada Pusat Bahasa dan Kemanusiaan. Taklimat perjalanan program pula disampaikan oleh Dr.Norrihan Sulan, Timbalan Dekan, Pusat Bahasa Moden dan Kemanusian.
|
Selepas acara perasmian, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan dipandu oleh bebrapa orang fasilitator yang terdiri daripada para pensyarah Bahasa Inggeris dari Pusat Bahasa Moden dan Kemanusian.Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi menyokong usaha universiti untuk memantapkan dan meningkatkan minat suka membaca di kalangan para pelajar terutama di dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Program ini diharap dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran membaca mereka di mana para pelajar akan diberikan artikel untuk dibaca dan membuat ulasan mengikut kreativiti masing-masing di dalam Bahasa Inggeris secara berkumpulan. Satu kumpulan pula terdiri daripada 8-10 orang pelajar.
Saturday, October 18, 2014
LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG
LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Pada 14 Oktober 2014 yang lalu,
sekumpulan pelajar seramai 29 orang yang terdiri daripada Pustakawan Pusat
Sumber, diiringi oleh 4 orang guru daripada Kolej Vokasional Tengku Ampuan
Afzan Bentong telah datang melawat Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang
Kampus Gambang.
Mereka tiba di Perpustakaan pada
jam 10.00 pagi dan terus dibawa ke Bilik Audio Visual untuk diberi taklimat
ringkas berkenaan Perpustakaan UMP oleh Pn. Nazatul Shima Baroji. Selain
taklimat ringkas, para pelajar juga disajikan dengan tayangan video korporat
UMP dan video pendek berkenaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan
Kampus Pekan dan Kampus Gambang. Selepas itu para pelajar dibawa melawat ke
seluruh ruang di dalam perpustakaan dan diberi penerangan berpandu oleh
En.Azhar Wahab selaku Pembantu Perpustakaan Kanan Tertinggi di Perpustakaan
Kampus Gambang ini.
Para pelajar ini diberi taklimat
dan tunjuk ajar bagaimana menggunakan ‘shelf-check machine’, pencarian bahan
melalui iportal dan penggunaan ‘bookdrop’. Ini adalah sebagai pendedahan kepada
mereka tentang kehidupan di kampus serta pentingnya perpustakaan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi lawatan berakhir dengan bergambar
beramai-ramai di hadapan bangunan Perpustakaan sebagai kenang-kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)