Thursday, October 23, 2014

READING CIRCLE PROGRAM (RCP) SERIES 2


PERASMIAN PEMBUKAAN ‘READING CIRCLE PROGRAM (RCP) SERIES 2’ DI ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

 

Acara ‘Reading Circle Program (RCP) Series 2’ ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden Dan Kemanusiaan dengan kerjasama Perpustakaan UMP. Perasmian pembukaan telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan selaku penganjur bersama. Acara ini diadakan di Astaka pada 15 Oktober 2014 yang lalu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.45 pagi dengan dihadiri oleh hampir 300 orang pelajar dan pensyarah daripada Pusat Bahasa dan Kemanusiaan. Taklimat perjalanan program pula disampaikan oleh Dr.Norrihan Sulan, Timbalan Dekan, Pusat Bahasa Moden dan Kemanusian.

 

Selepas acara perasmian, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan dipandu oleh bebrapa orang fasilitator yang terdiri daripada para pensyarah Bahasa Inggeris dari Pusat Bahasa Moden dan Kemanusian.Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi menyokong usaha universiti untuk memantapkan dan meningkatkan minat suka membaca di kalangan para pelajar terutama di dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Program ini diharap dapat  membantu para pelajar meningkatkan kemahiran membaca mereka di mana para pelajar akan diberikan artikel untuk dibaca dan membuat ulasan mengikut kreativiti masing-masing di dalam Bahasa Inggeris secara berkumpulan. Satu kumpulan pula terdiri daripada 8-10 orang pelajar.


No comments:

Post a Comment