Thursday, October 30, 2014

SUMBANGAN BUKU DARI SOKA GAKKAI MALAYSIA KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

 


Pada 29 Oktober 2014  Universiti Malaysia Pahang telah menerima kunjungan wakil dari Soka Gakkai Malaysia yang ketuai oleh En. Lim. Tee Yen selaku pengerusi Soka Gakkai Malaysia Cawangan Pahang. Bersama dengan beliau juga turut hadir ialah Dato’ Dr Leslie Foo See- Jork bersama isteri , Alex Tan Chee Lzip dan beberapa orang ahli dari pertubuhan tersebut.

Mereka telah di sambut oleh En Dzull Zabarrod Bin Ahmad dan Puan Mimi Rabithah Binti Abdul Wahit dan beberapa orang staf pada pukul 11:15 pagi diperkarangan lobi perpustakaan.  Acara Sumbangan Buku Soka Gakkai Malaysia  telah diadakan di ruang bacaan dan rujukan Perpustakaan UMP Kampus Gambang .




Sebelum acara tersebut bermula , En Lim. Tee Yen telah memberi penerangan berkenaan tujuan acara tersebut diadakan antaranya ialah sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dan kesejateraan masyarakat   dalam dunia hari ini. Menurut beliau situasi dunia hari ini sentiasa berkeinginan untuk menuju kepada kekacaun dan peperangan .  Sekiranya tidak dilaksanakan usaha memupuk keamanan dalam diri masyarakat, peperangan dan penderitaan akan terus berlaku dan akan memberi kesusahan kepada rakyat. 

Beliau juga menerangkan beberapa aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan ini bagi menerapkan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain seperti mengadakan acara larian keamanan, ceramah serta  dialog dan  beramal kebajikan dengan masyarakat  yang memerlukan bantuan.

Acara penerimaan  sumbangan buku telah disempurnakan  acara simbolik  dengan melakukan  penyerahan bahan-bahan dari persatuan tersebut oleh En Lim Tee Yen sebagai wakil Soka Gakkai Malaysia  dan diterima oleh En Dzull Zabarrod Bin Ahmad sebagai mewakili pihak UMP. Sebanyak 35 buah buku  beserta senarai tajuk-tajuk buku telah diserahkan kepada pihak UMP dalam acara tersebut. Sebelum acara berakhir  para tetamu telah dijemput untuk menjamu selera makan tenggah hari  selepas saja acara penyerahan selesai. Acara tersebut berakhir  pada pukul 12.30 petang .


 

No comments:

Post a Comment