Saturday, October 18, 2014

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG KE  PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG


Pada 14 Oktober 2014 yang lalu, sekumpulan pelajar seramai 29 orang yang terdiri daripada Pustakawan Pusat Sumber, diiringi oleh 4 orang guru daripada Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong telah datang melawat Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang.


Mereka tiba di Perpustakaan pada jam 10.00 pagi dan terus dibawa ke Bilik Audio Visual untuk diberi taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan UMP oleh Pn. Nazatul Shima Baroji. Selain taklimat ringkas, para pelajar juga disajikan dengan tayangan video korporat UMP dan video pendek berkenaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan Kampus Pekan dan Kampus Gambang. Selepas itu para pelajar dibawa melawat ke seluruh ruang di dalam perpustakaan dan diberi penerangan berpandu oleh En.Azhar Wahab selaku Pembantu Perpustakaan Kanan Tertinggi di Perpustakaan Kampus Gambang ini.
Para pelajar ini diberi taklimat dan tunjuk ajar bagaimana menggunakan ‘shelf-check machine’, pencarian bahan melalui iportal dan penggunaan ‘bookdrop’. Ini adalah sebagai pendedahan kepada mereka tentang kehidupan di kampus serta pentingnya perpustakaan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi lawatan berakhir dengan bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan Perpustakaan sebagai kenang-kenangan.


  
   
 


No comments:

Post a Comment