Friday, September 19, 2014

Selangkah ke Pusat Sumber Menuju Perpustakaan



Secara teorinya pusat sumber atau perpustakaan merupakan tempat dimana sumber pengetahuan boleh diperolehi oleh manusia. Sumber-sumber pengatahuan secara logik akan dikumpulkan (simpan) di sini dan sesiapa sahaja dikalangan manusia yang memerlukan boleh mendapatkannya. Salah satu ciri khusus pusat sumber atau perpustakaan ialah pengetahuan- pengetahuan akan disimpan secara sistematik . Ini bermakna menusia yang perlukan pengetahuan tertentu boleh mendapatkan maklumat di situ dengan mudah dan pantas.

Tema di atas mengambarkan suasana pembelajaran awal pelajar-pelajar sekolah yang mengunakan pusat sumber sebagai alat untuk mencari pengetahuan. Tetapi apabila mereka melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi, kemahiran menggunakan Perpustakaan amat penting sebagai alat untuk  menajamkan lagi kemahiran belajar mereka di universiti nanti. Fokus utama kami adalah kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 beserta guru pusat sumber. Terdapat 2 sasaran kami dalam melaksanakankan aktiviti ini pertama ialah kepada pelajar iaitu memberi pendendahan terhadap aktiviti dan operasi perpustakaan akademik dan kedua kepada guru pusat sumber iaitu memberi penerangan terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh Pusat Sumber dalam meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Tidak lupa juga kami memberi motivasi kepada pelajar di dalam program ini .

Dua buah sekolah telah dipilih pada tahun ini, 2014. Kami telah mengadakan kunjungan ke Sekolah tersebut pada bulan September 2014. Sekolah-sekolah tersebut adalah  Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap Murni dan Sekolah Menengah Seri Damai.
Sokongan pihak sekolah serta  guru pusat sumber dan pelajar amat mengalakkan. Walau bagaimanapun pemilihan pelajar yang hadir ke program kami adalah pelajar-pelajar dari kelas pintar. Pelajar pelajar yang bukan dari kelas pintar tidak diikut sertakan dengan alasan mereka akan membuat bising dan tidak memberi tumpuan ketika program berjalan. Bagi pihak kami, ianya tidak menjadi masalah kerana tujuan utama kami ialah mendendahkan kaedah mencari maklumat di perpustakaan.

Antara tujuan utama program ini ialah seperti berikut:

  • 1.       Menerangkan perbezaan antara pusat sumber dan perpustakaan .
  • 2.       Aktiviti kami ialah untuk  menanam minat pelajar untuk datang ke pusat sumber dan seterusnya ke perpustakaan  sebagai  salah satu dari aktiviti penting  dalam kehidupan  harian mereka.
  • 3.       Aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada pelajar-pelajar  terhadap kepentingan menggunakan pusat sumber sebagai alat mencari pengetahuan
  • 4.       Memberi satu gambaran  sebenar peranan perpustakaan  yang sentiasa bersedia bila-bila masa memberi  khidmat kepada pelajar.
  • 5.       Memberi gambaran suasana perkembangan perpustkaan masa kini termasuklah jenis-jenis bahan , penggunaan teknologi maklumat dalam perpustakaan, pengunaan pangkalan data,  bahan-bahan elektronik , sumber-sumber pangkalan data dan sebagainya.
  • 6.       Setelah gambaran sebenar perpustakaan didedahkan ,  pelajar akan merasa tertarik untuk mengunakan perpustakaan bila berada di IPT kelak.
  • 7.       Menanam dalam fikiran pelajar dari peringkat sekolah lagi bahawa belajar di perpustakaan menjamin mereka berjaya dalam  akademik.
Kami percaya bahawa kebanyakan pelajar sekolah belum terdedah dengan aktiviti sebenar perpustakaan .  Segala perkara yang boleh memberi manafaat kepada pelajar dalam menjadi pelajar yang berjaya boleh diperolehi dengan adanya hubungan yang erat dengan perpustakaan.
Aktiviti ini sebagai satu khidmat sosial kepada masyarakat sekitar Universiti Malaysia Pahang . Ia adalah sumbangan dari pihak universiti dalam meningkatkan lagi daya hidup yang berkualiti dalam masyarakat setempat. Secara tidak langsung dapat  membantu negara ini menyediakan generasi baru yang mampu meneruskan agenda memperkasakan negara dalam semua bidang kehidupan.

Program ini akan diusahakan agar dapat dikembangkan  lagi ke sekolah-sekolah sekitar yang  lain . Namun ianya bergantung juga kepada pihak sekolah untuk memberi kerjasama kepada universiti. Sekiranya boleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dapat memberi kebenaran khas kepada sekolah-sekolah dibawah pentadbirannya agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Kami mempercayai pelajar-pelajar sekolah yang telah mengetahui berkenaan  selok belok perpustakaan universiti tidak akan menjadi kekok dan malu untuk menggunakan perpustakaan apabila menjejakkan kaki di institut pengajian tinggi. Malah mereka boleh jatuh cinta dengan perpustakaan . Seperti dikatakan “Tak kenal maka tak cinta”.



No comments:

Post a Comment